- Iklan -
Berita

Vaksin AstraZeneca di Selangor, KL habis ditempah

Kesemua 268,000 dos vaksin itu habis ditempah walaupun dikatakan boleh menyebabkan komplikasi darah beku.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Dos pertama AstraZeneca akan diberikan seawal 5 Mei ini. Gambar: AP
Dos pertama AstraZeneca akan diberikan seawal 5 Mei ini. Gambar: AP

Kesemua 268,000 dos vaksin AstraZeneca yang dibuka untuk penduduk Selangor dan Kuala Lumpur habis ditempah, walaupun dikatakan boleh menyebabkan komplikasi darah beku kepada sebahagian penerimanya.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin berkata, kesemua slot habis ditempat pada pukul 3.20 petang.

“Kita akan mula tetapkan temujanji melalui aplikasi MySejehtera anda atau sistem pesanan ringkas (SMS) tidak lama lagi,” kata Khairy yang juga menteri penyelaras program imunisasi kebangsaan di Twitter hari ini.

Khairy turut memohon maaf kerana kesulitan taknikal pada awal ketika tempahan baru dibuka.

“Anda boleh menekan ke kotak kelabu untuk memasukkan nama bagi senarai menunggu dalam beberapa jam lagi,” katanya.

Vaksin AstraZeneca yang dibangunkan bersama Universiti Oxford pada ketika ini adalah tulang belakang kepada skim Covax, yang memastikan negara lebih miskin mempunyai akses kepada dos, dengan penderma menanggung kosnya.

Ia menjadi tumpuan selepas terdapat laporan darah beku kepada penerimanya di negara seperti Kanada dan Britain dengan terdapat penerima yang meninggal dunia selepas menerima suntikan.

Awal minggu ini Khairy berkata kerajaan bersetuju vaksin AstraZeneca akan diberi kepada orang ramai secara sukarela melalui pusat pemberian vaksin khas.

Katanya, penggunaan vaksin AstraZeneca hanya akan disediakan kepada orang ramai yang mendaftar untuk janji temu di pusat pemberian vaksin khas.

“Kita ingin umumkan bahawa vaksin AstraZeneca tidak akan digunakan dalam program vaksin biasa, kita akan membuka pusat pemberian khas bagi vaksin AstraZeneca,” katanya.

Dos pertama AstraZeneca akan diberikan seawal 5 Mei ini.