Saturday, June 19, 2021

Sotong hancur hidangan istimewa Ramadan di Sarawak

Ketika banyak perniagaan terjejas ekoran pandemik Covid-19, peniaga suntong tutok nikmati kenaikan permintaan daripada pelanggan dan peminat baru.

Other News

Pandemik Covid-19 telah menjejaskan hampir seluruh aspek kehidupan masyarakat terutama sektor ekonomi dan perniagaan kecil di seluruh negara.

Namun bagi satu segmen perniagaan di Sarawak, jualan nampaknya masih tetap bertahan selain masih mendapat permintaan hangat pelanggan.

Di Kuching, gerai-gerai yang menjual suntong tutok – sotong yang dihancurkan dan kemudian dipanggang menyaksikan peningkatan peminat sekali gus pelanggannya.

Pelanggan dari Kampung Nombor di Satok sehingga Kampung Gersik dilihat beratur untuk mendapatkan hidangan yang terkenal itu terutama dalam kalangan orang Melayu di Sarawak.

Hakikatnya, ramai penduduk tempatan berkata Ramadan seakan tidak lengkap tanpa hidangan suntong tutok sebaik sahaja azan maghrib dikumandangkan dan waktu membuka puasa tiba.

Dyg Zunika Abg Adenan menggunakan mesin khas untuk melenyek sotong bagi mendapatkan tekstur istimewa suntong tutok.

Dyg Zunika Abg Adenan telah menjual suntong tutok sejak beberapa tahun lalu. Walaupun jenis perniagaan lain menghadapi masalah dan kesukaran ketika ini, dia berkata permintaan untuk hidangan sotong hancur itu dilihat meningkat tahun ini.

Sebilangan besar pelanggannya juga tidak sekadar menikmati satu pinggan hidangan sahaja setiap kali menjamu selera. Mereka bahkan memesan secara banyak dan memintanya membungkus hidangan itu untuk dibawa pulang.

“Kami hanya menjalankan perniagaan ini ketika bulan puasa,” katanya ketika MalaysiaNow melawat warungnya di Kampung Nombor.

“Biasanya, orang Melayu akan menikmati makanan istimewa ini setelah berbuka puasa dan semasa moreh, yang disajikan setelah solat tarawih.”

Bagaimanapun, untuk menyediakan hidangan ini bukan mudah kerana ia memerlukan banyak teknik.

“Pertama, kami panggang sotong atas arang. Kemudian kami tekan guna mesin khas. Kemudian, kami hancurkannya,” kata Dyg Zunika.

“Menghancurkan” di sini bermaksud sotong itu ditekan di tengah-tengah menggunakan alat penyepit dan kemudian diketuk dengan tukul.

Menurut Dyg, bahagian “menghancurkan” itulah yang memerlukan kemahiran tinggi.

Kerana, katanya, sotong mesti dihancurkan secara “lembut secukup rasa” untuk membuatnya lembut dan tidak terlalu hancur.

Selain itu, demi memastikan ia tetap lembut dan rata, ia mesti dihancurkan pada permukaan yang lembut dan rata.

“Kami biasanya menggunakan kayu belian,” tambah Dyg.

“Kerana ia lebih tahan lama, dan sotong tak akan hancur di atas kayu ini. Dan ia boleh hancurkan daging jika anda pukul.”

Hidangan itu, walaupun lazat dimakan begitu sahaja. Ia bagaimanapun sering disajikan dengan sos untuk membangkitkan kelazatannya.

Ada pelanggan yang menyifatkan hidangan suntong tutok bersama sos membuat mereka “ketagih”.

Salim dari Kampung Tupong di Petrajaya, terkenal dengan “sambal kicap” yang dihasilkannya dan dijual bersama suntong tutok sejak hampir tiga dekad lalu.

Katanya, sos sangat penting untuk meningkatkan rasa dan aroma hidangan tersebut.

“Kebanyakan pelanggan puji sos saya, kata mere yang terbaik di sini,” katanya, sambil menambah bahawa pelanggannya sifatkan sos yang dibuatnya membuatkan mereka “ketagih”.

Ketika ditanya mengenai rahsia kelazatan sosnya, Salim berkata resipi sos itu diberikan oleh neneknya.

“Bahan asasnya adalah cili, kacang tanah, kicap dan gula.”

Namun lebih dari itu, dia tidak mahu dedahkan, namun memberi tips untuk melazatkan hidangan tersebut.

“Untuk menjadikannya lebih enak, anda mesti gunakan bahan-bahan yang menjadikan sosnya beraroma, agar pelanggan tidak kecewa.”

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles