- Iklan -
Berita

Selangor catat 1,200 dalam 3,418 jumlah kes baru negara

Sarawak rekod 587 kes hari ini di tempat kedua tertinggi catatan kes harian.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Bazar Ramadan yang penuh dengan kerumunan orang ramai mungkin dilarang selepas peningkatan kes Covid-19 dalam negara. Selangor mencatat angka tertinggi kes harian sebanyak 1,200 disusuli Sarawak (587), Kelantan (400), dan Johor (213).

Malaysia mencatat 3,418 kes baru hari ini menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 415,012 kes.

Selangor mencatat angka tertinggi kes harian sebanyak 1,200 disusuli Sarawak (587), Kelantan (400), dan Johor (213.

Hanya Labuan (7) dan Putrajaya (8) dan Perlis (4) sahaja yang mencatatkan kes satu digit hari ini.

Negara juga mencatat sebanyak 2,698 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 383,140.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 30,339.

Dalam pada itu, 345 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 175
orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 12 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 1,533.