Saturday, June 19, 2021

Pendaftaran vaksin AstraZeneca dibuka esok

Antara syarat untuk mendaftar sebagai penerima vaksin AstraZeneca termasuk berumur 18 tahun ke atas, menetap di Kuala Lumpur atau Selangor dan berdaftar di bawah PICK.

Other News

Orang ramai yang ingin menerima vaskin AstraZeneca boleh mendaftar mulai esok di laman web rasmi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

“Tempahan untuk vaksin AstraZeneca akan di buka esok 2hb Mei 2021.

“Tempahan adalah berdasarkan ‘first-come first served basis’,” tulis Noor Hisham di akaun Twitternya hari ini.

Menurut Noor Hisham, pendaftaran boleh dilakukan pada pukul 12 tengah hari  melalui laman sesawang www.vaksincovid.gov.my.

Antara syarat untuk mendaftar sebagai penerima vaksin AstraZeneca termasuk berumur 18 tahun ke atas, menetap di Kuala Lumpur atau Selangor dan berdaftar untuk vaksinasi di bawah PICK sebelum ini.

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan vaksin AstraZeneca akan diberi kepada orang ramai secara sukarela melalui pusat pemberian vaksin khas.

Keputusan itu dibuat atas dasar kebimbangan orang ramai tentang keberkesanan vaksin AstraZeneca, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles