- Iklan -
Berita

Kes baru Covid-19 catat 2,881 hari ini

Selangor masih menjadi negeri yang mencatat kes harian tertinggi sebanyak 759.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Orang ramai berjalan sambil mencari menu pilihan untuk juadah berbuka puasa di Bazar Ramadan Kampung Baru. Pengunjung perlu memamtuhi SOP penjarakan jarak sebagai langkah pencegahan penularan Covid-19.
Orang ramai berjalan sambil mencari menu pilihan untuk juadah berbuka puasa di Bazar Ramadan Kampung Baru. Pengunjung perlu memamtuhi SOP penjarakan jarak sebagai langkah pencegahan penularan Covid-19.

Malaysia mencatat 2,881 kes baru hari ini menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 411,594 kes.

Selangor mencatat angka tertinggi kes harian sebanyak 759 disusuli Sarawak (445), Kelantan (442) , dan Johor (310).

Hanya Labuan (3) dan Putrajaya (3) sahaja yang mencatatkan kes satu digit hari ini.

Sementara Perlis tidak mencatatkan sebarang kes.

Negara juga mencatat sebanyak 2,462 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 380,442.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 29,631.

Dalam pada itu, 337 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 176 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 15 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 1,521.