Saturday, June 19, 2021

Gusar sekolah tutup, Agong gesa lebih disiplin patuh SOP Covid-19

Sultan Abdullah gusar tahap pematuhan SOP belum mencapai tahap memuaskan.

Other News

Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah hari ini menggesa orang ramai supaya lebih berdisiplin dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika menyatakan kegusaran beliau berhubung laporan-laporan berita mengenai penutupan beberapa sekolah selepas peningkatan kes penularan wabak Covid-19.

Dalam sebuah kenyataan Istana Negara hari ini Sultan Abullah menasihati rakyat supaya tidak alpa dan bersikap sambil lewa terhadap SOP bagi dalam memastikan penularan jangkitan Covid-19 dapat dibendung.

“Baginda menzahirkan kegusaran berikutan laporan-laporan berita terkini berkenaan penutup beberapa sekolah akibat penularan wabak Covid-19 dan kadar pematuhan SOP yang masih belum mencapai tahap memuaskan.

“Baginda menyeru rakyat supaya sentiasa berdisipli daam mematuhi arahan an SOP ditetapkan kerajaan bagi mengelakkan badan tsunami Covid-19 seperti yang dialami beberapa negara Asia Selatan dan Eropah,” kata kenyataan istana yang ditandatangani Dato’ Pengelola Bijaya Diraja Ahmad Fadhli Shamsuddin.

Pada 19 April, kementerian kesihatan mengambil keputusan berkenaan penutupan sekolah berikutan kes Covid-19 selepas penilaian dilakukan bersama Pejabat Kesihatan Daerah bersama dan kerajaan negeri di seluruh negara.

Menterinya, Dr Adham Baba berkata penilaian itu mengambil kira bilangan kakitangan dan murid sekolah yang terpaksa menjalani kuarantin atau pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO) setelah disahkan positif Covid-19.

Pada 26 April sebanyak 20 buah sekolah di Pulau Pinang ditutup dua hari susulan terdapat kes Covid-19 di sekolah terlibat.

Selain sekolah, sejumlah 22 kawasan bazar Ramadan juga hari ini turut diarahkan tutup oleh Majlis Keselamatan Negara akibat wujud kes aktif di kawasan-kawasan tersebut.

 

 

 

 

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles