- Iklan -
Berita

22 bazar Ramadan diarah tutup akibat Covid-19

Keputusan penutupan bazar tersebut dibuat dalam sebuah mesyuarat Majlis Keselamatan Negara pada 28 April.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Beberapa pelanggan beratur dan menunggu untuk membeli Ikan bakar sebagai juadah berbuka puasa mereka di bazar. Sejumlah 22 bazar di seluruh negara diarah tutup bagi usaha mengekang Covid-19.
Beberapa pelanggan beratur dan menunggu untuk membeli Ikan bakar sebagai juadah berbuka puasa mereka di bazar. Sejumlah 22 bazar di seluruh negara diarah tutup bagi usaha mengekang Covid-19.

22 bazar Ramadan di seluruh negara diarahkan tutup berkuatkuasa esok bagi membendung penularan Covid-19 di beberapa kawasan.

Kementerian perumahan dan kerajaan tempatan (KPKT) dalam sebuah kenyataan berkata bazar-bazar tersebut didapati menjadi kawasan penularan virus berdasarkan analisis pengesanan kontak yang dijalankan aplikasi MysSejahtera.

Ia turut berkata keputusan tersebut dibuat dalam sebuah mesyuarat Majlis Keselamatan Negara pada 28 April.

Bazar yang dikenalpasti sebagai kawasan berisiko tinggi pada 15 April itu termasuk  Johor (4), Kedah (2), Pahang (2), Perak (1) sementara Pulau Pinang (8).

Johor

1. Belatuk Taman Scientex
2. Kg Pasir, Jalan Mata Kuching
3. @Mart Kempas
4. Lok Heng

Kedah

1. Taman Selasih
2. Baling 2021
3. Kupang 2021

Pahang

1. Lurah Semantan
2. Temerloh Jaya

Perak

1. Bazar Nenas Kg Selabak

Penang

1. MPKK Jalan Tenggiri
2. Attakwa Taman Bertam Indah
3. Bazar Ramadan
4. Kampung Melayu
5. Masjid Daerah Barat Daya
6. Jalan Berangan Bukit Bintang 2021
7. Bukit Gedung
8. Taman Tun Sardon

Selangor

1. Pusat Sementara Penjaja/Puncak Jalil
2. Stesen LRT Cempaka

Kuala Lumpur

1. Taman Setiawangsa
2. Jalan Raja Alang