- Iklan -
Berita

Malaysia catat 3,332 kes baru Covid-19

Selangor kekal catat kes harian lepasi angka 1,000.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Orang ramai perlu memastikan sentiasa mematuhi SOP Covid-19 bagi membendung penularan kes wabak.
Orang ramai perlu memastikan sentiasa mematuhi SOP Covid-19 bagi membendung penularan kes wabak.

Malaysia mencatat 3,332 kes baru hari ini menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 404,925 kes.

Selangor mencatat angka tertinggi kes harian sebanyak 1,083 disusuli Sarawak (522), Kelantan (401) dan Kuala Lumpur (359).

Hanya Perlis (1), dan Putrajaya (9) sahaja yang mencatatkan kes satu digit hari ini.

Sementara itu Labuan tidak mencatatkan sebarang kes hari ini.

Negara juga mencatat sebanyak 1,943 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 375,340.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 28,093.

Dalam pada itu, 309 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 147 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 15 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 1,492 orang.