- Iklan -
Berita

Penganjur program buka puasa RTM nafi dakwaan langgar SOP

Menurut timbalan pengarah berita TV RTM aktiviti memasak dan penyediaan juadah buka puasa itu hanya dilaksanakan dalam kalangan staf sahaja.

Farhira Farudin
1 minit bacaan
Kongsi
Semalam beberapa gambar persiapan majlis yang dikatakan dilaksanakan di RTM  tersebar di media mengundang kecaman ramai kerana dilihat melanggar SOP. Gambar: Facebook
Semalam beberapa gambar persiapan majlis yang dikatakan dilaksanakan di RTM tersebar di media mengundang kecaman ramai kerana dilihat melanggar SOP. Gambar: Facebook

Penganjur program buka puasa Radio Televisyen Malaysia (RTM) menafikan dakwaan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 ketika gambar-gambar persiapan majlis itu tersebar di media sosial menyaksikan petugas-petugas tidak melakukan penjarakan fizikal dan tidak memakai pelitup muka.

Timbalan Pengarah Berita TV RTM Md Shahri Saripan turut menafikan dakwaan membawa petugas-petugas RTM dari Johor untuk membantu persiapan program “Majlis Khatam Al-Quran dan Rewang Iftar BES” yang diadakan di Angkasapuri di Kuala Lumpur hari ini.

“Kami pakai mask dan kerap sanitasi tangan. Kami masak untuk kami (staf RTM) sahaja, untuk sediakan buka puasa untuk yang bekerja lintas langsung di sini,” katanya kepada MalaysiaNow.

Percubaan MalaysiaNow untuk menghubungi Ketua Pengarah Penyiaran Ruzain Idris masih belum berjaya.

Semalam, seorang pengguna Facebook memuat naik perkongsian mengatakan petugas RTM Johor dibawa ke Kuala Lumpur untuk membantu penganjuran program hari ini.

Dia turut memuat naik gambar petugas-petugas RTM tidak mematuhi penjarakan fizikal satu meter dan tidak memakai pelitup muka dengan betul.

Bagaimanapun Shahri berkata, program itu hanya melibatkan kurang daripada 40 orang staf RTM dan dianjurkan bertujuan untuk mengagihkan bubur lambuk kepada petugas yang bekerja sehingga waktu berbuka puasa.

Ikuti kami di Telegram untuk kemas kini terkini: https://t.me/malaysianowbm

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi

Artikel Berkaitan

Tiada artikel ditemui.