Wednesday, September 29, 2021

Tidak dapat pulang berhari raya, tahanan imigresen merusuh

Polis masih menyiasat kejadian itu termasuk tahanan yang terlibat.

Other News

Sekumpulan tahanan yang ditempatkan di Depoh Tahanan Imigresen (DTI) Manggatal merusuh pagi semalam dipercayai kerana tidak dapat pulang ke kampung halaman masing-masing untuk menyambut Aidilfitri.

Pesuruhjaya Polis Sabah Hazani Ghazali berkata siasatan awal mendapati insiden itu hanya berlaku di sebuah blok depoh berkenaan dan tiada kecederaan atau kejadian tahanan melarikan diri.

“Keadaan dapat dikawal selepas pasukan Unit Tempur Ringan dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu dikerah ke lokasi kejadian.

“Ini bukan kejadian pertama kerana pada tahun 2015, iaitu dua hari sebelum Hari Raya, kejadian sama berlaku,” katanya ketika dihubungi pemberita.

Beliau berkata polis masih menyiasat kejadian itu termasuk tahanan yang terlibat.

Katanya penghantaran pulang tahanan imigresen ke negara asal ketika ini berdepan kekangan akibat Covid-19.

 

 

 

 

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles