Sunday, May 16, 2021

Pembunuh tonton video jihad sebelum tikam mangsa di Perancis

Menurut bapa pembunuh anaknya telah mengamalkan fahaman Islam yang keras sebelum kejadian itu berlaku.

Other News

Seorang lelaki warga Tunisia yang menikam seorang pegawai polis hingga mati di Rambouillet, pinggir Paris disahkan menonton video propaganda jihadis sebelum dia melakukan serangan tersebut, kata pendakwa raya anti-keganasan di Perancis pada Ahad di samping turut menambah bahawa setakat ini lima orang telah ditahan bagi membantu siasatan.

Berdasarkan analisis telefon bimbit pembunuh dan hantaran di akaun peribadi media sosialnya, pendakwa raya Jean-Francois Ricard berkata pada sidang media bahawa “radikalisasi (pembunuh) masih lagi diragui.”

Penyerang berusia 36 tahun, yang dikenali sebagai Jamel Gorchene itu telah menikam mati seorang wanita yang bekerja di balai polis Rambouillet, sebuah pekan di pinggir Paris pada Jumaat.

Berlari ke ruang masuk bangunan itu, Gorchene menarik mangsa dari belakang dan menikam perut dan mengelar lehernya sambil menjerit “Allahu Akbar”, kata Ricard.

Seorang pegawai polis yang berada di tempat kejadian kemudiannya menembak mati Gorchene selepas pemuda itu enggan meletakkan pisau berukuran 22 sentimeter.

Para penyiasat mendapati Gorchene menonton beberapa video lagu yang memuji pejuang jihad di telefonnya sebelum melakukan serangan tersebut.

Sebuah Al-Quran dan sejadah turut ditemui di skuternya, kata Ricard.

Video kamera pengawasan turut menunjukkan Gorchene mengunjungi ruang solat sementara di Rambouillet beberapa jam sebelum menuju ke balai polis tersebut, tambahnya.

Bapa Gorchene, yang masih ditahan bagi membantu siasatan pada Ahad, “mendedahkan bahawa anaknya telah mengamalkan fahaman Islam yang keras”, kata Ricard.

“Dalam pada itu, beliau juga berkata dia melihat ada masalah tingkah laku daripada anaknya itu sejak awal tahun ini,” tambahnya.

Suami isteri yang menempatkan Gorchene di rumah mereka setelah dia tiba secara haram di Perancis pada 2009 bagaimanapun dibebaskan dari tahanan tanpa sebarang pertuduhan, kata sumber kehakiman.

Sementara itu, dua sepupu Gorchene masih ditahan pada Ahad bagi menyiasat apakah motif yang menyebabkan serangan tersebut dilakukan oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dan tidak memiliki sebarang rekod jenayah ke atas mana-mana perkhidmatan keselamatan Perancis.

 

 

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles