- Iklan -
Berita

Malaysia catat 2,776 kes baru, Selangor kekal tertinggi

Sarawak catat kes harian kedua tertinggil hari ini sebanyak 615

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Orang ramai mendapatkan bubur lambuk secara percuma yang disumbangkan oleh syarikat-syarikat korporat melalui pengurusan Masjid Kampung Baru.SOP perlu dipatuhi orang ramai dalam usaha membendung Covid-19.
Orang ramai mendapatkan bubur lambuk secara percuma yang disumbangkan oleh syarikat-syarikat korporat melalui pengurusan Masjid Kampung Baru.SOP perlu dipatuhi orang ramai dalam usaha membendung Covid-19.

Malaysia mencatat 2,776 kes baru menjadikan kes keseluruhan Covid-19 hari ini meningkat sebanyak 395,718 kes.

Selangor mencatat angka tertinggi kes harian sebanyak 762 disusuli Sarawak (615), Kelantan (343) dan Johor (309)

Hanya Wilayah Persekutuan Putraja (7), Labuan (2) dan Terengganu sahaja yang mencatatkan kes satu digit hari ini.

Sementara itu, Perlis tidak mencatatkan sebarang kes hari ini.

Negara juga mencatat sebanyak 1,803 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 369,556.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 24,713.

Dalam pada itu, 300 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 133 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 13 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 1,449 orang.