Sunday, May 16, 2021

Maklum kepada sekolah jika mahu anak duduk di rumah, kata menteri

Ibu bapa perlu maklum kepada pihak sekolah bagi membolehkan catatan ketidakhadiran dilakukan dengan betul.

Other News

Ibu bapa yang tidak selesa dengan kehadiran anak-anak mereka ke sekolah perlu memaklumkan perkara itu, kata Menteri Kanan (Kluster Pendidikan dan Sumber Manusia) Radzi Jidin.

Radzi berkata, pihak sekolah tidak pernah mengenakan denda kepada mana-mana murid yang tidak hadir disebabkan kerisauan ibu bapa mengenai kesihatan anak mereka.

“Mereka perlu maklumkan sekiranya mereka rasa anak mempunyai sejarah (kesihatan) tertentu yang dirasakan tidak selamat untuk ke sekolah… Mereka kena tulislah,” kata Radzi pada satu sidang media di Putrajaya hari ini.

“Sekiranya semua tak mahu datang, kita tidak tahu siapa yang tercicir. Kita perlu ada catatan yang betul, mengapa pelajar tersebut tidak ke sekolah.”

Radzi berkata, kementerian pendidikan meminta jasa baik ibu bapa supaya tidak menghantar anak mereka ke sekolah sekiranya mempunyai gejala bagi memastikan jangkitan berlaku di luar tidak dibawa ke dalam sekolah.

“Begitu juga konteks ibu bapa. Kalau kena kuarantin, kena pakai gelang, kalau ada kontak yang positif, buat pertimbangan dan jangan hantar anak ke sekolah,” katanya.

Terdahulu, kementerian kesihatan mencadangkan satu pekeliling dikeluarkan bagi membenarkan guru dan pelajar yang bergejala untuk tidak hadir ke sekolah bagi membendung penularan Covid-19.

Radzi berkata, situasi jangkitan Covid-19 pada hari ini berubah-ubah dari semasa ke semasa dan memerlukan pengawasan secara berterusan.

Menteri Kesihatan Dr Adham Baba berkata kementeriannya menghantar cadangan itu kepada Radzi dan Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles