Monday, May 10, 2021

Lebih 360 murid, guru dikuarantin dalam sekolah di Shah Alam

Sekolah itu juga merayu derma untuk membeli barang keperluan untuk murid yang dikuarantin.

Other News

Lebih kurang 300 murid dan 65 guru SMK Seksyen 11, sekolah menengah berasrama di Shah Alam, Selangor dikuarantin dalam sekolah selepas lapan murid didapati positif Covid-19 sementara 100 lagi dilaporkan bergejala.

Sekolah itu juga merayu derma untuk membeli barang keperluan untuk murid yang dikuarantin.

Sementara itu, sebuah persatuan penduduk di Shah Alam merayu kepada orang ramai dan sektor korporat untuk turut memberikan derma.

Dalam satu mesej WhatsApp Mohd Fahmy Zakariah, pengerusi Persatuan Penduduk Seksyen 6 berkata, sekolah tersebut tidak mempunyai kewangan kecemasan.

“Cikgu-cikgu terpaksa kutip antara mereka untuk memastikan kebajikan pelajar terjaga khususnya makanan dan minuman,” katanya.

SMK Seksyen 11 adalah satu daripada 11 sekolah di daerah Petaling Perdana yang meliputi kawasan sesak di Selangor yang terus ditutup hari ini.

10 lagi sekolah adalah SK Seksyen 19, SK Seri Selangor, SK Bandar Anggerik, SK Seksyen 1 Bandar Kinrara, SJKC Chee Wen, SMK Puchong, SMK Seksyen 7, SMK Pusat Bandar Puchong 1, SMK Bandar Puncak Jalil dan SMK USJ 4.

Semalam, kementerian pendidikan berkata sekolah yang disahkan mempunyai kes Covid-19 perlu ditutup sekurang-kurangnya dua hari.

Dalam tempoh ini, kelas atau premis akan melalui penilaian risiko oleh pejabat kesihatan daerah sebelum dibenarkan dibuka semula.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles