Wednesday, September 15, 2021

8 daerah Sabah diisytihar kawasan wabak ‘demam babi Afrika’

Virus ASF yang menyerang ternakan babi dan babi hutan itu turut dikesan di Tawau dan Nabawan, namun kedua-dua daerah ini belum diisytiharkan sebagai kawasan wabak.

Other News

Lapan daerah iaitu Pitas, Beluran, Kinabatangan, Lahad Datu, Kota Marudu, Sandakan, Telupid dan Tongod disytiharkan sebagai kawasan penularan Demam Babi Afrika (ASF) di Sabah, kata Timbalan Ketua Menteri Jeffrey Kitingan.

Kitingan, yang juga menteri pertanian dan perikanan Sabah berkata jangkitan virus ASF yang menyerang ternakan babi dan babi hutan itu turut dikesan di Tawau dan Nabawan, namun kedua-dua daerah ini belum diisytiharkan sebagai kawasan wabak.

Beliau berkata setakat 18 Apri lepas, sejumlah 398 babi dilupuskan sementara 535 ekor lagi mati disebabkan ASF.

“Jabatan perkhidmatan veterinar Sabah (JPVS) menjalankan 234 kempen kesedaran di 14 daerah, yang bukan sahaja untuk mendidik masyarakat tentang penyakit ini, tetapi juga menunjukkan usaha kerajaan dalam memastikan wabak ini tidak menular ke daerah lain.

“Walaupun Sandakan diisytiharkan sebagai kawasan wabak ASF, namun wabak ini belum lagi merebak ke ladang pengeluaran babi utama di daerah itu. Virus ASF ini hanya membawa maut kepada babi, namun ia tidak berbahaya kepada manusia,” katanya dalam kenyataan di Kota Kinabalu hari ini.

Kitingan berkata, JPVS melaksanakan peraturan baru untuk melindungi babi komersial, termasuk mendapatkan permit khas daripada jabatan itu untuk membolehkan babi hidup dan produk babi dipindahkan dari satu kawasan ke kawasan lain.

“Gerai menjual daging babi yang dijangkiti virus ASF akan ditutup sehari untuk melaksanakan kerja-kerja kontaminasi dan pembersihan, manakala produk daging babi hanya akan dijual setelah disaring dan didapati bebas daripada virus ASF.

“Penternakan babi yang disyaki menjadi punca babi dijangkiti ASF pula akan dikuarantin sehingga tujuh hari untuk membantu siasatan,” katanya.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles