Sunday, May 16, 2021

Alumni CBN sampaikan penghargaan

PMO dalam satu kenyataan semalam memaklumkan persetujuan lanjutan tempoh itu dibuat setelah meneliti dan mengambil kira kepentingan sumbangan CBN kepada pendidikan negara sejak 1899.

Other News

Selepas berhempas pulas berusaha menyelamatkan SMK Convent Bukit Nanas (CBN) daripada dirobohkan, komuniti sekolah dan pemegang taruhnya kini boleh menarik nafas lega susulan pengumuman kerajaan untuk melanjutkan tempoh pegangan pajakan tapak sekolah itu yang akan tamat 6 September ini, bagi tempoh sehingga 60 tahun.

Timbalan Presiden Alumni CBN Junaidah Ishak dalam menyampaikan ucapan penghargaan tidak terhingga terhadap sokongan ramai sehingga berjaya menarik perhatian kerajaan, berkata beliau menganggap ia sebagai hadiah cukup bermakna daripada kerajaan.

“Penat lelah kami (Alumni CBN) yang bekerja keras, terutama sejak tiga hari lepas, akhirnya membuahkan kejayaan. Kami benar-benar hargai sokongan yang diterima dari pihak media – TV, radio dan portal berita dalam talian. Petisyen #saveconventbukitnanas mendapat tanda tangan hampir 70,000 individu, ia bagaikan kempen seluruh negara.

“Kami harap langkah penyenaraiannya sebagai tapak warisan akan berjalan lancar, dan CBN akan dapat terus mengekalkan nilai-nilai etosnya dan terus melahirkan wanita yang luar biasa untuk pembangunan negara kita di tahun-tahun akan datang,” katanya kepada Bernama semalam.

Terdahulu Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan semalam memaklumkan bahawa, persetujuan lanjutan tempoh itu dibuat setelah meneliti dan mengambil kira kepentingan sumbangan SMK Convent Bukit Nanas, kepada pendidikan negara sejak 1899.

“Kebenaran ini diberikan khusus untuk tujuan pendidikan sahaja. Semoga dengan keputusan ini, SMK Convent Bukit Nanas akan terus melakar kejayaan sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan, dalam melahirkan modal insan negara yang berkualiti tinggi,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali bersama Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Muhammad Yasir Yahya, mengadakan pertemuan dengan Lady Superior of the Society of Saint Maur Sr Theresa Chua Siu Yan, yang mewakili Lembaga Pengelola SMK Convent Bukit Nanas dan kedua-dua pihak bersetuju dengan cadangan penyelesaian yang dibincangkan.

Terdahulu Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan semalam memaklumkan bahawa, persetujuan lanjutan tempoh itu dibuat setelah meneliti dan mengambil kira kepentingan sumbangan SMK Convent Bukit Nanas, kepada pendidikan negara sejak 1899.

Berita mengenai sekolah itu mendapat perhatian ramai sejak Isnin selepas Mahkamah Tinggi di sini memberi kebenaran kepada Lady Superior of Saint Maur (yang menguruskan sekolah) untuk memulakan permohonan semakan kehakiman bagi mencabar ketetapan berkaitan tempoh pajakan tanah tidak diperbaharui.

Hakim Noorin Badaruddin memberi kebenaran itu bagi membolehkan hujahan penuh semakan kehakiman didengar, dan menetapkan tarikh 4 Mei bagi mahkamah mendengar permohonan pengantungan inter-parte (antara pihak).

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles