Wednesday, September 29, 2021

Putrajaya akan benar 4 sektor perkhidmatan ambil semula pekerja asing

Bagaimanapun, majikan masih perlu hadir ke Jabatan Imigresen Malaysia bagi melaksanakan semua urusan pengambilan pekerja asing tersebut.

Other News

Kerajaan hari ini mengumumkan majikan akan dibenarkan mengambil semula pekerja asing dalam empat sub sektor perkhidmatan termasuk restoran, kargo, borong dan pembersihan.

Dalam sebuah kenyataan bersama, Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin dan Menteri Sumber Manusia M Saravanan berkata perancangan untuk membenarkan pengambilan semula pekerja asing itu turut dimasukkan dalam Pelan Rekalibrasi Pendatang Asing Tanpa Izin (Pati).

Menurut kenyataan itu lagi, kerajaan bersetuju untuk memasukkan Pati yang telah mendaftar bagi Program “Rehiring” dan 6P tetapi tidak melengkapkan proses permohonan dan tidak menerima pas lawatan kerja sementara (PLKS) melalui program tersebut; Pati yang lari tetapi tidak dilaporkan oleh majikan; dan Pati yang mempunyai dokumen perjalanan negara asal yang tulen dan sah.

Selain itu, kerajaan turut bersetuju untuk melibatkan Agensi Pekerjaan Swasta (APS) yang berlesen di bawah Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981 (Akta 246) bagi membantu mempercepatkan pelaksanaan program Pelan Rekalibrasi Pati.

“Bagaimanapun, majikan masih perlu hadir ke Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bagi melaksanakan semua urusan di JIM seperti pengambilan biometrik dan sebagainya.

Saravanan sebelum ini berkata kerajaan sedang mempertimbangkan untuk membenarkan pengambilan semula pekerja asing bagi sektor-sektor tertentu dalam negara.

Menurutnya para majikan menghadapi kesukaran kerana warga tempatan tidak berminat untuk bekerja di ladang, sektor pertanian, perkilangan dan pembinaan.

Beliau turut berkata kementerian turut mengambil berat berhubung cabaran yang dihadapi para majikan dalam mendapatkan pekerja yang sanggup bekerja dalam industri 3D (dirty, difficult, dangerous).

Bagaimanapun, beliau menjamin bahawa warga tempatan sentiasa diutamakan jika wujud kekosongan kerja dalam sektor tersebut.

 

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles