- Iklan -
Berita

Kelantan, Selangor dahului dalam 2,875 kes baru hari ini

Negara catat 7 lagi kematian akibat Covid-19 hari ini.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Orang ramai perlu mematuhi SOP Covid-19 ketika berada di kawasan ramai orang bagi membendung pandemik ketika ini.
Orang ramai perlu mematuhi SOP Covid-19 ketika berada di kawasan ramai orang bagi membendung pandemik ketika ini.

Kelantan mencatat kes harian tertinggi hari ini sebanyak 662 mendahului Selangor dan Sarawak ketika negara mencatat 2,875 kes baru hari ini.

Angka kes baru itu menjadikan kes keseluruhan Covid-19 hari ini meningkat sebanyak 384,688 kes.

Selangor masih mencatat angka tinggi kes harian sebanyak 633 disusuli Sarawak (474) dan Kuala Lumpur (332).

Hanya Labuan (3) sahaja yang mencatatkan kes satu digit hari ini sementara Perlis tidak mencatatkan sebarang kes.

Negara juga mencatat sebanyak 2,541 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 361,267.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 22,014.

Daripada jumlah itu, 248 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 115 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 7 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 1,407 orang.