- Iklan -
Berita

Angka korban Covid-19 cecah 1,400 hari ini

Jumlah kes baru masih melebihi 2,000 dengan Selangor mencatat kes harian tertinggi.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Orang ramai berjalan sambil mencari menu pilihan untuk juadah berbuka puasa di Bazaar Ramadan Kampung Baru.
Orang ramai berjalan sambil mencari menu pilihan untuk juadah berbuka puasa di Bazaar Ramadan Kampung Baru.

11 lagi korban dicatatkan menjadikan angka keseluruhan kematian akibat Covid-19 mencecah 1,400 sementara negara mencatat kes baru sebanyak 2,340 hari ini.

Angka kes baru itu menjadikan kes keseluruhan Covid-19 hari ini meningkat sebanyak 381,813 kes.

Selangor mencatat kes harian paling tinggi sebanyak 526 disusuli Sarawak (429), Kelantan (370), Kuala Lumpur (291).

Hanya Putrajaya (6), Labuan (2), dan Perlis (1) dan Terengganu (1) sahaja yang mencatatkan kes satu digit hari ini.

Negara juga mencatat sebanyak 1,910 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 358,726.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 21,687.

Daripada jumlah itu 248 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 101 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.