- Iklan -
Berita

Sarawak, Selangor dahului dalam 2,341 kes baru

Sarawak dahului kes harian tertinggi dengan catatan 600 jangkitan hari ini.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Orang ramai beratur untuk membeli bubur lambuk Pak Hassan yang terletak di Jalan Raja Alang, Kampung Baru.Pada bulan Ramadan, Kampung Baru menjadi tumpuan masyarakat kota untuk mendapatkan bubur lambuk. Peminat bubur tradisi ini menjadikan menu wajib sebagai juadah berbuka dan hanya merasainya di sepanjang bulan puasa.

Sarawak dan Selangor mendahului angka kes harian Covid-19 ketika negara mencatat 2,341 kes baru hari ini.

Angka kes baru itu menjadikan kes keseluruhan Covid-19 hari ini meningkat sebanyak 379,473 kes.

Sarawak mencatatkan angka tertinggi sebanyak 600 kes hari ini disusuli Selangor (539), Kelantan (429), Kuala Lumpur (344).

Hanya Putrajaya (3), Labuan (1), dan Perlis (3) sahaja yang mencatatkan kes satu digit hari ini.

Negara juga mencatat sebanyak 1,592 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 356,816.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 21,268.

Daripada jumlah itu 249 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 95 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 3 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 1,389 orang.