Sunday, May 16, 2021

Penggalak vaksin mungkin diperlukan, kata pakar berhubung varian Covid-19

Dr Andrew Kiyu Dawie Usop berkata sebahagian varian adalah lebih mudah berjangkit dan dapat mengurangkan tahap antibodi tubuh.

Other News

Pakar epidemiologi hari ini berkata dos penggalak vaksin Covid-19 mungkin diperlukan bagi meningkatkan keberkesanan selain mampu melindungi tubuh daripada varian virus yang muncul sejak tahun lalu.

Dr Andrew Kiyu Dawie Usop, Pengerusi Penasihat Vaksin Sarawak berkata dos-dos tambahan mungkin diperlukan ketika beberapa jenis vaksin tidak cukup ampuh bagi melawan beberapa varian jangkitan seperti Afrika Selatan (B.135), United Kingdom (B.117) dan Brazil (P.1).

“Keberkesanan vaksin bukan berpandukan kadar efektif vaksin itu sendiri,” kata beliau dalam sebuah acara kempen vaksinasi di Kuching.

“Ia adalah disebabkan mutasi virus. Sebahagian daripada varian-varian ini lebih mudah berjangkit.”

Beliau turut menambah keberkesanan vaksin-vaksin yang ada ketika ini berbeza dalam melawan varian-varian Covid-19.

“Sebagai contoh, vaksin Pfizer memiliki keberkesanan dalam melawan varian UK, sementara varian Afrika Selatan adalah lebih mudah berjangkit dan mengurangkan tahap antibodi dalam tubuh badan.”

Beliau menambah beberapa jenis vaksin mungkin tidak cukup efektif untuk mengurangkan kadar jangkitan atau penyakit serius.

Menurutnya lagi, faktor-faktor seperti varian dan pematuhan intervensi yang bersifat bukan farmaseutikal juga harus dipertimbangkan.

“Keberkesanan vaksin adalah apa yang diteliti ketika tempoh ujian klinikal. Dari sudut efektifnya, mereka yang telah menerima vaksin memerlukan rawatan susulan.”

Beliau berkata perkara yang sama juga terpakai dalam kes vaksin selesema, di mana suntikan tahunan diperlukan.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles