- Iklan -
Berita

Sekolah rendah di Shah Alam ditutup selepas murid dijangkiti Covid-19

Pejabat kesihatan daerah telah mengarahkan semua rakan sekelas murid itu serta lapan gurunya menjalani ujian swab.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Salah sebuah kelas di Sekolah Kebangsaan Bukit Jelutong, Shah Alam ketika dibersihkan sebelum murid memulakan sesi pembelajaran bersemuka pada Mac. Gambar: Facebook
Salah sebuah kelas di Sekolah Kebangsaan Bukit Jelutong, Shah Alam ketika dibersihkan sebelum murid memulakan sesi pembelajaran bersemuka pada Mac. Gambar: Facebook

Ratusan pelajar di sebuah sekolah rendah di Shah Alam diarahkan untuk tidak menghadiri sesi pembelajaran hari ini berikutan kes Covid-19 yang melibatkan seorang pelajar Tahun Dua yang dipercayai dijangkiti melalui ibunya.

Sekolah Kebangsaan Bukit Jelutong berkata kelas akan ditangguhkan sehingga diberitahu kelak.

Sekolah itu juga berkata bahawa pejabat kesihatan daerah telah mengarahkan semua rakan sekelas murid itu serta lapan gurunya menjalani ujian swab.

Ketika dihubungi MalaysiaNow, guru besar sekolah berkata beliau merujuk perkara tersebut kepada kementerian pendidikan.

Pelajar Tahun Satu dan Dua mula bersekolah pada 1 Mac lalu selepas dua bulan sesi persekolahan 2021 ditangguhkan.