- Iklan -
Berita

Sarawak, Selangor dahului kes harian tertinggi

Malaysia catat 2,078 kes baru Covid-19 hari ini.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Orang ramai harus mematuhi SOP Covid-19 ketika berada di kawasan ramai orang seperti bazar Ramadan.
Orang ramai harus mematuhi SOP Covid-19 ketika berada di kawasan ramai orang seperti bazar Ramadan.

Malaysia mencatatkan 2,078 kes baru Covid-19 hari ini dengan Sarawak dan Selangor mendahului kes harian tertinggi.

Angka kes baru itu menjadikan kes keseluruhan Covid-19 hari ini meningkat sebanyak 377,132 kes.

Sarawak mencatatkan angka tertinggi sebanyak 589 kes hari ini disusuli Selangor (457), Kelantan (290), Kuala Lumpur (153).

Hanya Putrajaya (2), Labuan (6), Perlis (1) dan Terengganu (8) sahaja yang mencatatkan kes satu digit hari ini.

Negara juga mencatat sebanyak 1,402 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 355,224.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 20,522.

Daripada jumlah itu 228 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 93 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 8 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 1,386 orang.