- Iklan -
Berita

MGC hargai peruntukan RM4 juta untuk komuniti Sikh

MGC amat menghargai keprihatinan kerajaan mengambil kira situasi ekonomi semasa selain hakikat perbelanjaan kerajaan yang melebihi RM600 bilion.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Perdana Menteri Muyiddin Yassin. Gambar: Bernama
Perdana Menteri Muyiddin Yassin. Gambar: Bernama

Majlis Gurdwara Malaysia (MGC) amat menghargai peruntukan RM4 juta kepada 120 gurdwara di seluruh negara, termasuk RM1 juta untuk cadangan penubuhan Pusat Sikh Malaysia, kata Presiden MGC Jagir Singh.

Beliau berkata MGC amat menghargai keprihatinan kerajaan itu, mengambil kira situasi ekonomi semasa selain hakikat perbelanjaan kerajaan yang melebihi RM600 bilion.

MGC juga ingin menjelaskan bahawa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin tidak pernah menyatakan ‘negara ini hampir muflis’ semasa menghadiri majlis hi-tea Vaisakhi pada 12 April lepas, katanya dalam kenyataan hari ini.

“Semua yang hadir pada majlis itu boleh menjadi saksi. Apa yang dinyatakan oleh YAB perdana menteri ialah disebabkan Covid-19 dan keadaan ekonomi, negara terpaksa berbelanja besar hingga melebihi RM600 bilion dan ini menyebabkan baki wang yang ada sudah tidak banyak.

“Ini jauh berbeza dengan kenyataan ‘negara hampir muflis’,” kata Jagir.

Sementara itu, Jagir berkata MGC menyokong penuh pelancaran Dasar Perpaduan Negara yang berpaksikan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara dalam usaha menyatupadukan rakyat.