- Iklan -
Berita

Selangor kekal tertinggi dalam 2,195 kes baru hari ini

Sarawak mencatat kes harian kedua tertinggi dengan 508 kes hari ini.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kuala Lumpur, membuat tinjauan dan pemeriksaan di Bazar Ramadan Kampung Baru.
Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kuala Lumpur, membuat tinjauan dan pemeriksaan di Bazar Ramadan Kampung Baru.

Selangor masih mencatat angka tertinggi kes harian Covid-19 sebanyak 751 dalam 2,195 kes baru hari ini.

Angka kes baru itu menjadikan kes keseluruhan Covid-19 hari ini meningkat sebanyak 375,054 kes.

Kes harian tertinggi dalam negara disusuli Sarawak (508), Johor (387) dan Kelantan (332).

Hanya Putrajaya (3), Labuan (6), dan Perlis (3) sahaja yang mencatatkan kes satu digit hari ini.

Negara juga mencatat sebanyak 1,427 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 353,822.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 19,854.

Daripada jumlah itu 219 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 90 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 8 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 1,378 orang.