- Iklan -
Berita

Kes baru catat 2,331 hari ini, Selangor kembali paling tinggi

Sarawak catat kes harian kedua tertinggi sebanyak 512.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Orang ramai beratur untuk membuat imbasan kod dan pengambilan suhu badan sebelum masuk ke Bazaar Ramadan Kampung Baru.
Orang ramai beratur untuk membuat imbasan kod dan pengambilan suhu badan sebelum masuk ke Bazaar Ramadan Kampung Baru.

Selangor kembali mencatat angka tertinggi kes harian Covid-19 hari ini sebanyak 751 dalam angka 2,331 kes baru Covid-19 hari ini.

Angka kes baru itu menjadikan kes keseluruhan Covid-19 hari ini meningkat sebanyak 372,859 kes.

Kes harian tertinggi dalam negara hari ini disusuli Sarawak (512), Kuala Lumpur (252) dan Kelantan (225).

Hanya Putrajaya (4), Labuan (2), Melaka, (9), dan Perlis (2) sahaja yang mencatatkan kes satu digit hari ini.

Sementara Terengganu tidak mencatatkan sebarang kes.

Negara juga mencatat sebanyak 1,832 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 352,395.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 19,094.

Daripada jumlah itu 225 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 92 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 5 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 1,370 orang.