- Iklan -
Berita

Kes baru lepasi 2,500, Sarawak catat kes tertinggi

Malaysia catat kes baru melebihi 2,000 dua hari berturut-turut.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Pelanggan bazar Ramadan perlu mematuhi SOP ketika membeli-belah juadah berbuka demi membendung Covid-19.
Pelanggan bazar Ramadan perlu mematuhi SOP ketika membeli-belah juadah berbuka demi membendung Covid-19.

Sarawak mencatat angka tertinggi kes harian Covid-19 hari ini sebanyak 960 dalam 2,551 kes baru Covid-19 hari ini.

Angka kes baru itu menjadikan kes keseluruhan Covid-19 hari ini meningkat sebanyak 370,528 kes.

Kes harian tertinggi itu disusuli Selangor (590), Kuala Lumpur (245) dan Kelantan (164).

Hanya Putrajaya (6), Labuan (1), Perlis (2) sahaja yang mencatatkan kes satu digit hari ini.

Negara juga mencatat sebanyak 1,524 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 350,563.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 18,600.

Daripada jumlah itu 227 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 91 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 2 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 1,365 orang.