Saturday, June 19, 2021

Rentas negeri sambut Aidilfitri tahun ini dicadang tangguh

Cadangan itu dikemukakan selepas mendengar rungutan serta rayuan pelbagai pihak agar kerajaan menangguhkan kebenaran pergerakan berkenaan.

Other News

Kementerian kesihatan (KKM) mencadangkan pergerakan rentas negeri bagi sambutan Aidilfitri tahun ini ditangguhkan susulan situasi penularan pandemik Covid-19 masih membimbangkan ketika ini.

Menteri Kesihatan Dr Adham Baba berkata ini berikutan rungutan serta rayuan pelbagai pihak agar kerajaan menangguhkan kebenaran pergerakan berkenaan.

“Sepertimana kita sedia maklum, kebanyakan negeri ketika ini masih di bawah PKPB (perintah kawalan Pergerakan Bersyarat) dan PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan) sehingga 28 April ini.

“Memandangkan kes harian masih meningkat dan belum stabil, maka pergerakan ini perlu ditangguhkan. Program vaksinasi pun masih dijalankan,” katanya pada sidang media selepas melancarkan buku ‘Malaysia Health Sector Response to Covid-19: Perspectives From The Field’, di pejabatnya hari ini.

MENYUSUL LAGI

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles