- Iklan -
Berita

Sarawak kekal tertinggi dalam 1,767 kes baru hari ini

Selangor menjadi negeri kedua yang mencatat kes harian tertinggi sebanyak 483.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Para jemaah Masjid Al-Ubudiah Kampung Tasek Tambahan memenuhi ruang masjid dengan memakai pelitup muka dan mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh JAIS.
Para jemaah Masjid Al-Ubudiah Kampung Tasek Tambahan memenuhi ruang masjid dengan memakai pelitup muka dan mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh JAIS.

Sarawak mencatat kes harian tertinggi sebanyak 607 dalam jumlah keseluruhan kes baru Covid-19 sebanyak 1,767 kes.

Angka tersebut menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan dalam negara meningkat kepada 363,940.

Kes harian tertinggi itu disusuli Selangor (483), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (133) dan Sabah (117).

Hanya Putrajaya (7) dan Labuan (3) sahaja yang mencatatkan kes satu digit.

Sementara Labuan tidak mencatat sebarang kes.

Negara juga mencatat sebanyak 1,290 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 346,295.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 16,300.

Daripada jumlah itu 199 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 82 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 12 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 1,345 orang.