- Iklan -
Berita

Sarawak tertinggi dalam kes baru Covid-19 hari ini

Malaysia catat 1,317 kes baru Covid-19 hari ini.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Suasana penumpang dalam LRT menuju stesen Putra Heights.
Suasana penumpang dalam LRT menuju stesen Putra Heights.

Sarawak mencatat kes harian tertinggi dalam jumlah keseluruhan kes baru Covid-19 sebanyak 1,317 kes.

Angka tersebut menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan dalam negara meningkat kepada 362,173.

Negara juga mencatat sebanyak 1,052 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 345,005.

Sarawak mencatat 351 kes, disusuli Selangor (303), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (116) dan Pulau Pinang (112).

Hanya Putrajaya (9) dan Perlis (2) sahaja yang mencatatkan kes satu digit.

Sementara Labuan tidak mencatat sebarang kes.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 15,835.

Daripada jumlah itu 188 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 84 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 4 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 1,333 orang.