- Iklan -
Berita

Selangor kekal tertinggi dalam kes Covid-19 hari ini

Sementara Sarawak mencatatkan kes kedua tertinggi dengan 443 kes.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Aplikasi SELangkah yang digunakan di Selangor bagi mengesan kontak rapat.
Aplikasi SELangkah yang digunakan di Selangor bagi mengesan kontak rapat.

Malaysia mencatatkan 1,739 kes baru Covid-19 hari ini menjadikan kes keseluruhan jangkitan Covid-19 dalam negara sebanyak 360,856.

Selangor mencatat kes harian tertinggi sebanyak 535 kes hari ini.

Jumlah kes harian tertinggi itu disusuli Sarawak (443), Sabah (127), dan Pulau Pinang (113).

Hanya Wilayah Persekutuan Labuan (4) sahaja yang mencatat kes satu digit hari ini.

Sementara Perlis tidak mencatat sebarang kes.

Negara juga mencatat sebanyak 1,216 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 343,953.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 15,574.

Daripada jumlah itu 183 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 81 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 8 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 1,329 orang.