- Iklan -
Berita

Suami Ratu Elizabeth meninggal dunia di usia 99 tahun

Suami kepada Ratu Elizabeth II, Putera Philip, meninggal dunia pagi tadi selepas baru-baru ini menjalani pembedahan jantung. Beliau meninggal dunia pada usia 99 tahun. Kematian Putera Philip tersebut dimaklumkan menerusi akaun Twitter rasmi istana, The Royal Family. Dalam kenyataan itu juga, pihak istana mengatakan Permaisuri Queen Elizabeth berduka cita di atas kematian suaminya. “Tuanku Ratu […]

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Putera Philip meninggal dunia di usia 99 tahun. Gambar: AP
Putera Philip meninggal dunia di usia 99 tahun. Gambar: AP

Suami kepada Ratu Elizabeth II, Putera Philip, meninggal dunia pagi tadi selepas baru-baru ini menjalani pembedahan jantung.

Beliau meninggal dunia pada usia 99 tahun.

Kematian Putera Philip tersebut dimaklumkan menerusi akaun Twitter rasmi istana, The Royal Family.

Dalam kenyataan itu juga, pihak istana mengatakan Permaisuri Queen Elizabeth berduka cita di atas kematian suaminya.

“Tuanku Ratu berduka cita di atas pemergian suaminya yang tercinta, Putera Philip, Duke of Edinburgh”

“Tuanku meninggal dunia dengan aman di Istana Windsor.”