Wednesday, May 12, 2021

Sarawak kembali catat kes harian tertinggi

Malaysia catat 1,854 kes baru Covid-19 hari ini.

Other News

Sarawak hari ini mencatat kes harian tertinggi dalam kes keseluruhan sebanyak 1,854 kes hari ini.

Angka kes baru itu menjadikan kes keseluruhan penularan dalam negara berjumlah 357,607.

Sarawak mencatat 555 kes disusuli Selangor (403), Pulau Pinang (176), dan Sabah (139).

Sementara itu, hanya Wilayah Persekutuan Labuan (3) dan Putrajaya (1) yang mencatatkan kes satu digit.

Perlis pula tidak mencatatkan sebarang kes hari ini.

Negara juga mencatat sebanyak 1,247 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 341,489.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 14,805.

Daripada jumlah itu 169 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 79 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 5 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 1,313 orang.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles