Monday, September 20, 2021

Pencarian ‘orang nombor dua’ Singapura bermula dengan kuartet ‘4G’

Empat pimpinan PAP dilihat mempunyai peluang cerah menjadi pengganti Heng Swee Keat yang berundur hari ini.

Other News

Keputusan Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat untuk berundur diri dari pentadbiran Perdana Menteri Lee Hsien Loong menarik tumpuan ramai terhadap pasukan “4G” yang membentuk kepimpinan tertinggi kerajaan Singapura dari Parti Tindakan Rakyat (PAP) dalam teka-teki siapakah bakal pengganti Heng.

Menurut The Straits Times, empat anggota “4G”, yang digelar demikian susulan kesemua mereka merupakan generasi keempat pimpinan politik Singapura sekali gus dianggap sebagai pilihan ramai dan sering mencerminkan pandangan rasmi kerajaan.

Pasukan yang terdiri daripada mereka yang berusia antara pertengahan empat puluhan dan awal lima puluhan itu termasuk Chan Chun Sing, Ong Ye Kung, Lawrence Wong dan Desmond Lee.

Berusia 51 tahun, Chan, adalah bekas panglima tentera. Beliau dianggap sebagai menteri paling kanan dan ketika ini merupakan menteri perdagangan Singapura.

Seterusnya, Ong, yang sebaya Chan merupakan bekas menteri pendidikan, dan ketika ini memegang jawatan menteri pengangkutan.

Ong juga turut berperanan sebagai pembantu PM Lee.

Wong, 48, pula adalah bekas pembantu PM Lee, beliau memegang jawatan menteri pendidikan selain turut memegang jawatan sebagai menteri kewangan kedua Singapura.

Pernah memegang jawatan dalam portfolio pertahanan, komunikasi, pembangunan negara dan belia, Wong turut dilihat sebagai barisan hadapan dalam usaha kerajaan membendung pandemik Covid-19.

Anggota paling muda dalam pasukan itu adalah Lee yang berusia 44 tahun, Lee memegang jawatan menteri pembangunan negara, dan bertanggungjawab mengetuai pasukan tindakan pemulihan ekonomi pasca pandemik.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles