- Iklan -
Berita

KKMM mula tukar panggilan Sabah, Sarawak kepada ‘wilayah’

Sabah dan Sarawak akan dipanggil sebagai 'wilayah' dalam pertukaran istilah baru tersebut.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Pemandangan DUN Sarawak di waktu malam.
Pemandangan DUN Sarawak di waktu malam.

Kementerian komunikasi dan multimedia (KKMM) sedang melaksanakan pertukaran nama cawangan bagi semua agensinya di Sabah dan Sarawak bertujuan memisahkan dua negeri itu daripada panggilan “negeri”, lapor portal PNBBC.

Pelaksanaan itu dilakukan susulan keputusan dan arahan diperoleh pada mesyuarat Kabinet semalam.

“Ya betul, kementerian sudah mengambil tindakan bagi meluaskan arahan pertukaran dibuat kerajaan ini, susulan keputusan dan arahan mesyuarat Kabinet, semalam.

“Pihak KKMM sedang melaksanakan pertukaran membabitkan nama-nama cawangan agensi-agensi di bawah kementerian ini di kedua-dua wilayah terbabit,” kata seorang sumber yang dipetik dalam laporan tersebut hari ini.

Menurut sumber laporan itu, istilah baru “wilayah” untuk Sabah dan Sarawak juga akan digunakan dalam laporan berita, termasuk di stesen televisyen kerajaan dan semua pihak berkaitan.

Muhyiddin memaklumkan pertukaran terbabit adalah bagi memisahkan Sabah dan Sarawak daripada panggilan “negeri” yang digunakan kepada negeri lain di Malaysia.

Dalam pada itu, Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak Abdul Karim Rahman Hamzah berkata beliau turut bersetuju dengan pelaksanaan pertukaran nama tersebut.

“Memang saya setuju, mengalu-alukan pandangan perdana menteri.

“Kalau dilihat secara mendalam, memang Sabah dan Sarawak tak boleh dikategorikan sebagai negeri seperti negeri-negeri lain si Semenanjung Malaysia,” katanya dalam sebuah sidang media.

Karim menambah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) menyaksikan wakil dari ketiga-tiga wilayah menandatangai persekutuan.

“Satu representative dari Sabah, satu dari Sarawak. Dan juga Singapura, namun ia keluar lepas itu.

“Representatite dari Semenanjung bukannya mewakili tiap-tiap negeri, seorang wakil bagi mewakili federasi Tanah Melayu, sebab itulah Sabah dan Sarawah cannot be treated as another state,” jelasnya