Sunday, April 11, 2021

Pihak berkuasa akui masalah air di beberapa kampung di Kedah

SPAN berkata secara umumnya, bekalan air masih dapat dikawal kecuali beberapa kawasan di Baling.

Other News

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) hari ini mengakui kewujudan masalah bekalan air di kawasan pedalaman Kedah sehingga memaksa penduduknya bergantung dengan sumber-sumber alternatif lain bagi mendapatkan bekalan air untuk kegunaan harian.

Jurucakap SPAN Mohd Fazil Ismail berkata secara umumnya, bekalan air di Kedah masih terkawal kecuali di beberapa kawasan di Baling yang terletak di penghujung paip dan kawasan tinggi.

“Bila musim kemarau tiba, terdapat peningkatan kawasan-kawasan yang terganggu,” katanya dalam sebuah kenyataan kepada MalaysiaNow.

“Masalah yang timbul adalah pengguna ‘air masyarakat’ yang terjejas bekalan bila sumber air bukit kering.”

Menurut Fazil, keseluruhan kampung-kampung yang menerima bekalan air Sada memiliki 1,200. Daripada jumlah itu, 130 akaun mengalami masalah tekanan rendah atau putus bekalan.

“Di anggarkan sejumlah 700 buah rumah di kawasan ini menggunakan ‘air masyarakat’ iaitu sumber bekalan dari bukit-bukit berdekatan,” katanya.

MalaysiaNow sebelum ini melaporkan penduduk-penduduk di Kampung Bukit Sebelah dan Kampung Iboi berdepan gangguan bekalan air sehingga terpaksa menggunakan pam hidraulik bagi mendapatkan bekalan air dari sungai berdekatan.

Kampung Bukit Sebelah, Tanjung Pari dan lain-lain menerima bekalan air bersih daripada Kolam R12 yang sumber bekalannya daripada Loji Rawatan Air (LRA) Baling Lama (5.5jlh) dan LRA Baling Baru (10jlh).

Menurut Fazil, Rancangan jangka panjang adalah dengan menaiktaraf LRA Sg. Limau (18jlh) kepada 40jlh.

Selain itu, Pemasangan saluran paip khusus turut termasuk dalam skop naiktaraf tersebut.

“Air akan terus dipam ke Rumah Pam B5 seterusnya di pam ke kolam
R12 yang menjadi sumber bekalan ke kawasan yang bermasalah ini.

“Mengikut perancangan, projek ini akan bermula pada tahun 2021 dan dijangka siap pada tahun 2023.” katanya.

Katanya lagi, SPAN bersama kementerian alam sekitar dan air (KASA) mencadangkan untuk menyelesaikan masalah penduduk terjejas tersebut dengan menggunakan dana Wakaf Tunai Khas Perkhidmatan Air (Wakaf Air) bagi membantu menyediakan infrastruktur bekalan air yang bersesuaian kepada penduduk.

Fazil berkata dana tersebut juga boleh menaik taraf saliran-saliran paip yang dibina sendiri oleh penduduk bagi bekalan air ke rumah mereka.

“Bantuan dana itu juga sudah digunakan untuk selesaikan bekalan air di Johor, Perak, Negeri Sembilan, Pahang dan Selangor.

“Dananya cukup untuk membantu penduduk di Baling, Kedah, bagi naik taraf paip-paip air mereka,” katanya di samping turut menambah SPAN maklum berkenaan situasi mereka dan akan membangkitkan perkara tersebut kepada Wakaf Air.

Wakaf Air dilancarkan pada 17 Disember tahun lalu dan menjadi sumber alternatif kewangan. Setakat 31 Mac March, badan itu menerima derma sebanyak RM2.4 juta.

Inisiatif tersebut adalah hasil kerjasama di antara of KASA dan Yayasan Waqaf Malaysia.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles