Thursday, April 22, 2021

Malaysia catat 1,285 kes baru Covid-19 hari ini

Selangor kembali menjadi negeri yang mencatat kes harian tertinggi.

Other News

Malaysia mencatatkan 1,285 kes baru Covid-19 hari ini menjadikan kes keseluruhan penularan dalam negara berjumlah 355,753.

Negara juga mencatat sebanyak 1,175 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 340,242

Dalam pada itu, Selangor kembali mencatat kes harian tertinggi hari ini sebanyak 374 kes.

Catatan kes harian tertinggi itu disusuli Sarawak (211), Pulau Pinang (162), Kuala Lumpur (120).

Sementara itu, Wilayah Persekutuan Labuan (3) dan Perlis (1) hanya mencatatkan kes satu digit.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 14,203.

Daripada jumlah itu 186 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 81 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 4 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 1,308 orang.

 

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles