- Iklan -
Berita

Sarawak kekal tertinggi kes harian Covid-19 hari ini

Malaysia catat 1,139 kes baru Covid-19 hari ini dengan dua negeri tidak mencatatkan sebarang kes harian.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Barisan hadapan di Hospital pengajian Universiti Putra Malaysia HPUPM) menerima vaksin dalam Fasa 1 program vaksinasi kebangsaan.
Barisan hadapan di Hospital pengajian Universiti Putra Malaysia HPUPM) menerima vaksin dalam Fasa 1 program vaksinasi kebangsaan.

Malaysia mencatatkan 1,139 kes baru Covid-19 hari ini menjadikan kes keseluruhan penularan dalam negara berjumlah 354,468.

Sarawak kekal mencatat kes harian tertinggi hari ini sebanyak 332.

Jumlah kes harian tertinggi itu disusuli Selangor (294), Johor (102) dan Pulau Pinang (93).

Hanya Wilayah Persekutuan Labuan merekodkan kes harian satu digit hari ini.

Sementara Wilayah Persekutuan Putrajaya, dan Perlis tidak mencatat sebarang kes hari ini.

Negara juga mencatatkan sebanyak 1,199 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 339,067

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 14,097.

Daripada jumlah itu 194 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 86 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 4 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 1,304 orang.