Saturday, September 18, 2021

Ujian klinikal pertama vaksin kanser mulut dijadual akhir tahun ini

Dr Teo Soo-Hwan berkata kajian pra klinikal yang dilakukan ke atas binatang juga akan diselesaikan dalam masa terdekat.

Other News

Badan kajian Cancer Research Malaysia berkata ujian klinikal pertama vaksin kanser mulut akan dimulakan hujung tahun ini.

Pegawai saintifik organisasi itu, Dr Teo Soo-Hwan berkata kajian pra klinikal yang dilakukan ke atas binatang juga akan diselesaikan dalam masa terdekat, ia kemudian akan disusuli dengan fasa seterusnya: yang akan memastikan kajian tersebut selamat dilaksanakan ke atas manusia.

“Kami akan pakejkan bersama bagi rujukan pihak regulator perubatan.

“Jika semuanya berjalan lancar, kita akan memasuki fasa pertama ujian klinikal pada hujung tahun ini,” katanya.

Kajian klinikal tersebut akan memastikan pesakit kanser mulut boleh mendapatkan terapi inovatif selain pilihan kemoterapi dan pembedahan.

Vaksin tersebut juga akan menjadi terapi pertama yang dibangunkan di Malaysia.

Usaha tersebut disokong kementerian sains, teknologi, dan inovasi selain derma yang diperolehi Cancer Research Malaysia.

“Ini satu pencapaian besar bagi kita rakyat Malaysia,” kata Teo dalam seminar atas talian yang dianjurkan kementerian itu sempena Minggu Sains Negara 2021.

Seminar tersebut dipengerusikan menterinya, Khairy Jamaluddin dan Ketua Bahagian Kajian dan Pembangunan Pharmaniaga Dr Badarulhisam Abdul Rahman.

Dalam ucapan alu-aluannya, Khairy berkata sudah tiba masanya untuk Malaysia membangunkan vaksinnya sendiri daripada membeli dari negara luar.

“Ketika pandemik ini bermula, kita sedar ada kebimbangan besar di Malaysia bahawa kita tidak memiliki kapasiti untuk membangunkan vaksin ketika ini. Kerana itu, untuk vaksin Covid-19 kita terpaksa beli dari negara luar.

“Penting bagi kita untuk mulakan pembangunan vaksin selepas para pakar berkata ini mungkin bukan pandemik terakhir kita lalui. Kita perlu meneruskan kajian pembangunan vaksin untuk masa depan negara kita,” katanya.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles