- Iklan -
Berita

Najib mulakan rayuan sabitan kes libat skandal 1MDB

Sekiranya rayuan Najib gagal, beliau hanya memiliki peluang terakhir bagi mencabar keputusan kes SRC International itu di Mahkamah Tinggi Malaysia.

AFP
2 minit bacaan
Kongsi
Najib Razak masuk ke kamar mahkamah hari ini. Gambar: Bernama
Najib Razak masuk ke kamar mahkamah hari ini. Gambar: Bernama

Bekas perdana menteri Najib Razak hari ini memulakan rayuan terhadap sabitan kes rasuah dan hukuman penjara 12 tahun yang berkaitan dengan skandal berbilion dolar membabitkan 1MDB.

Najib didapati bersalah tahun lalu atas semua pertuduhan dalam beberapa perbicaraan  yang dihadapinya berkaitan dana negara 1MDB.

Pemimpin berusia 67 tahun itu masih bebas dengan ikat jamin.

Kroni-kroni beliau juga turut dijatuhi pertuduhan menggelapkan berbilion dolar dari syarikat tersebut untuk membeli pelbagai barangan termasuk hartanah dan karya seni.

Hari ini, Najib hadir di Mahkamah Rayuan tanpa sebarang ulasan kepada pemberita.

“Ada ceroboh dalam perbicaraan yang adil..,” kata peguam pembelaan Muhammad Shafee Abdullah di kamar mahkamah hari ini.

“Kita ada masalah, jadi kita kena depani masalah ini.”

Kemarahan terhadap skandal itu memainka peranan besar dalam kekalahan Barisan Nasional dalam PRU14. Najib kemudian ditahan dan kemudian dijatuhi pertuduhan di mahkamah berhubung skandal tersebut.

Selepas perbicaraan yang lama, Najib didapati bersalah kerana salah guna kuasa, pengubahan wang haram dan pecah amanah berhubung RM42 juta (AS$10.1 juta) dari 1MDB ke akaun banknya.

Selain hukuman penjara, beliau juga berdepan kompaun sebanyak hampir AS$50 juta. Beliau bagaimanapun menafikan semua pertuduhan tersebut.

Semasa rayuan, yang akan berlangsung hingga 22 April ini, peguam Najib akan membentangkan pembelaan bahawa ahli Parlimen Pekan itu tidak mengetahui transaksi ke dalam akaunnya.

Pihak pembelaan juga dijangka akan menggambarkan beliau sebagai mangsa dan akan meletakkan kesalahan itu kepada Low Taek Jho – orang paling penting dalam skandal yang turut menjalani pendakwaan di Amerika Syarikat dan Malaysia – sebagai dalang utama skandal tersebut.

Low, yang masih tidak diketahui lokasinya, juga tidak mengakui kesalahan tersebut.

Sekiranya rayuan Najib gagal, beliau hanya memiliki peluang terakhir bagi mencabar keputusan itu di Mahkamah Tinggi Malaysia.

Sabitan hukuman Najib itu masih kekal walaupun partinya kembali memegang kuasa pentadbiran di bawah Perikatan Nasional selepas Pakatan Harapan (PH) diketuai Dr Mahathir Mohamad jatuh tahun lalu.

Jumlah yang terlibat dalam kes pertamanya masih sedikit berbanding perbicaraan keduanya yang tertumpu pada pertuduhan memperolehi lebih dari AS$500 juta secara haram.