- Iklan -
Berita

Kes jangkitan Covid-19 catat angka 1,070

Selangor kembali mencatat negeri dengan kes harian tertinggi hari ini dengan 327 kes.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Aktiviti ekonomi negara mula aktif ketika PKPB dilaksanakan. Gambar: Bernama
Aktiviti ekonomi negara mula aktif ketika PKPB dilaksanakan. Gambar: Bernama

Malaysia mencatatkan 1,070 kes baru Covid-19 hari ini menjadikan kes keseluruhan penularan dalam negara berjumlah 352,029.

Selangor kembali mencatat negeri dengan kes harian tertinggi hari ini dengan 327 kes.

Jumlah kes harian tertinggi itu disusuli Sarawak (225), Pulau Pinang (133).

Hanya Wilayah Persekutuan Putrajaya, Perak, Terengganu dan Perlis sahaja yang mencatatkan kes satu digit hari ini.

Negara juga mencatat sebanyak 1,294 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 336,456

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 14,278.

Daripada jumlah itu 180 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 89 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 7 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 1,295 orang.