- Iklan -
Berita

Perak catat angka kes harian tertinggi hari ini

Malaysia catat 1,638 kes baru Covid-19 hari ini.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Kes baru Covid-19 masih berada di bawah angka 2,000 kes setakat ini.
Kes baru Covid-19 masih berada di bawah angka 2,000 kes setakat ini.

Perak mendahului kes harian dalam keseluruhan 1,638 kes baru Covid-19 hari ini.

Jumlah kes baru itu menjadikan kes keseluruhan penularan dalam negara kini berjumlah 349,610.

Perak menyumbang angka tertinggi dengan 494 kes harian dicatatkan hari ini.

Jumlah kes harian itu disusuli Selangor (352), Sarawak (290) dan Pulau Pinang (92).

Hanya Wilayah Persekutuan Putrajaya, Terengganu sahaja yang mencatatkan kes satu digit hari ini.

Perlis satu-satunya negeri yang tidak mencatat sebarang kes.

Negara juga mencatat sebanyak 1,449 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 333,892.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 14,432.

Daripada jumlah itu 167 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 81 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 3 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 1,286 orang.