Tuesday, May 18, 2021

Jangan tahan penunjuk perasaan, kata Zuraida

Zuraida berkata kerajaan sepenuhnya menyokong pelaksanaan Undi 18.

Other News

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin hari ini menyuarakan keprihatinan berhubung siasatan polis yang sedang berlangsung terhadap tunjuk perasaan  baru-baru ini mengenai menurunkan had umur mengundi dari 21 hingga 18 tahun (Undi 18) selain menggesa semakan semula Akta Perhimpunan Aman untuk memudahkan perhimpunan aman diadakan.

“Saya memahami bahawa dalam hal ini polis akan menyiasat aktiviti protes tersebut dan  dalam masa mereka hanya menjalankan tugas berdasarkan peruntukan Akta Perhimpunan Aman.

“Pihak perundangan perlu mengkaji semula fasiliti untuk lebih memudahkan perhimpunan awam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. “Saya tidak percaya ia hasrat mereka untuk menindas individu lain”

Satu kumpulan tunjuk perasaan yang terdiri dari 100 penunjuk perasaan telah berarak ke bangunan Parlimen minggu lepas dan mengadakan tunjuk perasaan selama 18 minit di hadapan pintu masuk bagi mengesa kerajaan untuk melaksanakan Undi 18.

Undi 18, yang disahkan di Parlimen pada bulan Julai 2019, pada awalnya dijangka berkuat kuasa pada bulan Julai tahun ini.

Walau bagaimanapun, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) baru-baru ini berkata bahawa sebarang langkah untuk menurunkan usia pengundian akan dilaksanakan selepas 1 September 2022.

Pengerusi SPR Abdul Ghani Salleh berkata perintah kawalan pergerakan (PKP) susulan pandemik Covid-19 menyebabkan keputusan tersebut diambil suruhanjaya.

Pengumuman SPR tersebut sempat menimbulkan kecaman dari warga net selain turut dipertikai dua orang menteri, Khairy Jamaluddin dan Saifuddin Abdullah.

Zuraida turut menyatakan bahawa beliau percaya SPR sedang melakukan “semua perkara yang boleh” bagi memastikan Undi 18 dilaksanakan secepat mungkin.

“Kerajaan sepenuhnya menyokong Undi 18,” tambahnya.

Bagaimanapun, beliau berkata kebebasan berhimpun secara aman sudah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan dan harus dilaksanakan.

“Himpunan aman tidak seharusnya disiasat pihak polis, ia sepatutnya dikawal pihak polis dengan mengikut lunas undang-undang,”

“Hak penunjuk perasaan untuk berhimpun menyuarakan suara mereka harus dipertahankan di samping mengikut SOP Covid-19,” katanya lagi di samping turut menambah beliau akan membangkitkan perkara tersebut di mesyuarat Kabinet.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles