Sunday, September 26, 2021

Malaysia catat 1,294 kes baru Covid-19

4 negeri mencatat kes harian satu digit hari ini.

Other News

Malaysia mencatatkan 1,294 kes baru Covid-19 hari ini menjadikan kes keseluruhan penularan dalam negara berjumlah 347,972.

Selangor masih menjadi negeri yang mencatat kes harian tertinggi dengan 455 kes.

Jumlah kes harian itu disusuli Sarawak (217), Pulau Pinang (139) dan Johor (103).

Hanya Wilayah Persekutuan Labuan, Putrajaya, Terengganu, dan Perlis sahaja yang mencatatkan kes satu digit hari ini.

Dalam pada itu, negara juga mencatat sebanyak 1,442 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 332,443.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 14,246.

Daripada jumlah itu 168 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 78 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 5 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 1,283 orang.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles