Thursday, October 21, 2021

Wakil PBB gesa tindakan elak ‘perang saudara’ di Myanmar

PBB masih terbuka untuk berunding dengan junta Myanmar.

Other News

Wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendesak Majlis Keselamatannya untuk mengambil tindakan di negara Asia yang kini dilanda krisis sebelum perang saudara dan pertumpahan darah berterusan.

Lebih dari 520 orang dilaporkan meninggal dunia dalam tunjuk perasaan sejak tentera menjatuhkan pemimpin Myanmar Aung San Suu Kyi pada 1 Februari lalu, menyebabkan demokrasi Myanmar terjejas selepas ia diusahakan sejak sedekad lalu.

“Saya rayu Majlis Keselamatan PBB untuk melakukan semua yang boleh bagi bertindak secara kolektif dan lakukan perkara yang betul dan kembalikan hak rakyat Myanmar sambil mengelak dari kehancuran,” kata wakil khas PBB Christine Schraner Burgener.

Beliau berkata pihaknya masih terbuka untuk berunding dengan junta namun, “jika kami terus menunggu sehingga mereka sedia nak berunding.

“Apa yang berlaku di lapangan akan semakin buruk. Dan pertumpahan darah tak boleh dielak lagi.” katanya.

Wakil PBB dari Britain, Barbara Woodward, turut berkata bahawa Majlis Keselamatan “sebulat suara mengutuk tindakan junta dan kini membincangkan beberapa langkah bagi menangani konflik di Myanmar itu.

Suu Kyi, 75, tidak lagi dilihat di khalayak umum sejak beliau dijatuhkan.

Salah seorang pasukan guamannya, Min Min Soe baru-baru ini dipanggil ke balai polis kerana menyiarkan rakaman pertemuannya dengan pemimpin itu.

Suu Kyi berdepan beberapa pertuduhan jenayah yang jika disabitkan kesalahan mungkin menyaksikan karier politik beliau berakhir.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles