- Iklan -
Berita

Vaksinasi pemandu Grab, posmen dipertimbang dalam masa terdekat

Grab, Pos Malaysia akan membantu program imunisasi kebangsaan sebagai sebahagian usahasama korporat dengan kerajaan.

Farhira Farudin
1 minit bacaan
Kongsi
Pekerja sektor gig di Petaling Jaya, Selangor.
Pekerja sektor gig di Petaling Jaya, Selangor.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin hari ini mengumumkan pemandu Grab dan posmen akan dipertimbangkan sebagai barisan hadapan ekonomi dan akan mendapat vaksin Covid-19 dalam masa terdekat.

Beliau berkata Pos Malaysia akan membantu program imunisasi kebangsaan sebagai sebahagian usahasama korporat dengan menyebarkan risalah dari rumah ke rumah untuk menggalakkan vaksinasi di kawasan pedalaman.

“Saya menerima permintaan dari Pos Malaysia untuk pertimbang posmen sebagai barisan hadapan yang boleh terima vaksin dalam masa terdekat,”

“Vaksin yang bakal disediakan itu nanti, saya senang hati untuk pertimbang permintaan itu.

Khairy yang juga merupakan menteri penyelaras PICK barkata, pemandu Grab juga turut akan dipertimbangkan untuk menerima vaksin.

Beliau berkata sektor khidmat gig juga boleh menawarkan maklumat yang tepat mengenai vaksin melalui aplikasi mereka.

Pusat-pusat vaksinasi juga akan dipetakan melalui aplikasi bagi memastikan pengguna mempunyai pengalaman positif ketika melakukan perjalanan menuju pusat-pusat tersebut.

“Kami akan bincang perkara ini lebih lanjut dengan Grab mengenai bagaimana kita nak petakan pusat-pusat vaksinasi bagi memastikan orang ramai yang ada janji temu lebih senang tempah perjalanan dari rumah mereka,” katanya.

Aplikasi itu juga turut memasukkan link aplikasi MySejahtera bagi menggalakkan lebih ramai mendaftar untuk vaksinasi.

Khairy mengumumkan kerjasama itu dalam Majlis Pelancaran Kolaborasi Korporat PICK. Selain Grab, kerjasama lain yang diumumkan hari ini termasuk Parkson Corporation Sdn Bhd, St John Ambulance of Malaysia dan Living Minds Sdn Bhd.