Thursday, October 21, 2021

Menteri Umno akan terus kekal dalam Kabinet, kata PM

Atas nasihat Muhyiddin semua menteri Umno akan terus kekal dan Kabinet akan berfungsi seperti biasa.

Other News

Semua menteri dari Umno akan terus kekal dalam Kabinet kerajaan walaupun perhimpunan agung parti itu minggu lalu menggesa mereka untuk meletakkan jawatan sebagai anggota Kabinet Perikatan Nasional (PN) dalam masa terdekat.

Muhyiddin yang juga ahli Parlimen Pagoh berkata beliau menasihati mereka supaya terus kekal berada di dalam Kabinet mengambil kira kepentingan rakyat dan negara.

“Beberapa orang menteri dari Umno memegang portfolio-portfolio penting yang berkaitan dengan fokus utama kerajaan pada masa ini.

Justeru, kata Muhyiddin, beliau tidak mahu peletakan jawatan mereka dari Kabinet menjejaskan segala perancangan kerajaan untuk mengatasi masalah Covid-19 dan memulihkan ekonomi negara.

Muhyiddin berkata pertemuan dengan menteri-menteri Umno itu berlaku pada Isnin lalu.

Dalam pertemuan tersebut, mereka meminta nasihat Muhyiddin mengenai kedudukan mereka di dalam Kabinet berikutan keputusan Perhimpunan Agung Umno 2020 yang meluluskan usul parti itu memutuskan hubungan dengan Bersatu dalam PRU15 nanti.

Dalam perhimpunan pada Ahad lepas semua ahli Umno bersetuju untuk menyerahkan mandat kepada Presidennya Ahmad Zahid Hamidi dan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno untuk menetapkan tarikh bersesuaian bagi menarik sokongan secara “en bloc” yang diberikan kepada kerajaan PN.

Zahid yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata perwakilan juga bersetuju presiden dan MKT boleh membuat keputusan berkenaan pada bila-bila masa dari sekarang jika kerajaan PN tiada indikasi untuk membubarkan Parlimen dan mengadakan PRU15, dalam masa terdekat.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata atas nasihat yang beliau berikan, kesepakatan telah dicapai bahawa semua menteri Umno akan terus kekal berada di dalam Kabinet.

“Dengan kesepakatan ini, saya memberi jaminan Kabinet akan berfungsi seperti biasa dan segala inisiatif kerajaan akan terus dilaksanakan seperti yang dirancang,” katanya.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles