- Iklan -
Berita

Kes baru Covid-19 catat angka 1,133

Kes baru kembali lepasi 1,000 kes.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Pasar raya kembali dibuka selepas negara memasuki fasa PKPB.
Pasar raya kembali dibuka selepas negara memasuki fasa PKPB.

Malaysia mencatatkan 1,133 kes baru Covid-19 hari ini menjadikan kes keseluruhan penularan dalam negara berjumlah 344,018.

Negara juga mencatat sebanyak 1,148 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 328,554.

Dalam pada itu, Selangor sekali lagi mencatat kes harian tertinggi hari ini dengan 401 kes.

Ia kemudian disusuli Sarawak (153), dan Johor (96).

Hanya Wilayah Persekutuan Labuan, Putrajaya, Perak, Perlis dan Terengganu sahaja yang mencatatkan kes satu digit hari ini.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 14,199.

Daripada jumlah itu 161 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 76 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 5 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 1,265 orang.