Friday, July 23, 2021

Junta bom kampung, ribuan rakyat Myanmar lari ke Thailand

Beberapa sumber-sumber berkata kemampuan tentera Burma telah meningkat dengan bantuan Rusia dan China.

Other News

Kira-kira 3,000 penduduk kampung dari Karen yang terletak di tenggara Myanmar melarikan diri ke Thailand pada Ahad berikutan serangan udara oleh tentera, lapor Reuters.

Menurut Karen Women’s Organisation, tentera Myanmar mengebom lima kawasan di daerah Mutraw berhampiran sempadan, termasuk kem pemindahan.

Pengeboman di sebuah kawasan Sungai Salween telah mengorbankan dua anggota gerila Karen dan mencederakan ramai lagi, lapor AP.

“Pada masa ini, penduduk kampung bersembunyi di hutan sementara lebih dari 3,000 orang menyeberang ke Thailand untuk berlindung,” kata satu kenyataan dari kumpulan itu.

Thai PBS turut melaporkan sekitar 3,000 rakyat Myanmar menyeberangi sempadan Thailand.

Setakat ini, pihak berkuasa Thailand menolak untuk memberikan ulasan mengenai perkara tersebut.

David Eubank, pengasas Free Burma Rangers, berkata: “Kami sudah lama tidak alami serangan udara di sini sejak lebih dari 20 tahun.

“Pengeboman ini terjadi pada waktu malam, maksudnya kemampuan tentera Burma telah meningkat dengan bantuan Rusia dan China dan negara-negara lain, dan hal ini sangat merbahaya.”

Serangan terbaru itu menandakan hari kedua berturut-turut pasukan Myanmar mengebom wilayah yang dikendalikan oleh Kesatuan Karen Nasional (KNU).

Dalam serangan udara pada hari Sabtu, sekurang-kurangnya tiga orang awam terbunuh di sebuah kampung yang dikuasai KNU.

KNU sebelum ini berkata bahawa serangan itu turut menyasarkan pos tentera berhampiran sempadan dan 10 orang terbunuh.

Serangan udara kali ini adalah serangan terbaru sejak beberapa tahun lalu.

KNU telah menandatangani perjanjian gencatan senjata pada tahun 2015 namun ketegangan meningkat setelah tentera menjatuhkan pentadbiran Aung San Suu Kyi pada 1 Februari lalu.

KNU dan Majlis Pemulihan Negara Shan adalah berdasarkan penyempadanan Thailand. KNU mengecam ambil alih Myanmar dan mengumumkan sokongan mereka terhadap penentangan rakyat.

Kumpulan itu turut menambah berkata pihaknya telah melindungi ratusan orang yang melarikan diri dari Myanmar selepas keganasan meningkat sejak beberapa minggu lalu.

Ketegangan di kawasan sempadan itu berlaku apabila pemimpin yang membantah kudeta bulan lalu berusaha supaya Karen dan kumpulan etnik lain bergabung dengan mereka sebagai sekutu penentangan terhadap junta.

Ia bertujuan menambah sayap bersenjata dalam perjuangan mereka.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles