- Iklan -
Berita

Tak ada banyak yang baru dalam ucapan presiden, kata Hishammuddin

Menurut Hishammuddin, ucapan dasar itu hanya menekankan semula keputusan henti kerjasama dengan Bersatu.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Hishamuddin Tun Hussein berkata sesuatu kepada media ketika berjalan keluar selepas mendengar ucapan dasar presiden Umno.
Hishamuddin Tun Hussein berkata sesuatu kepada media ketika berjalan keluar selepas mendengar ucapan dasar presiden Umno.

Ahli Parlimen Sembrong Hishammuddin Hussein berkata tidak ada banyak hal yang baru dalam ucapan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi di Perhimpunan Agung Umno hari ini kerana ia memang sudah dijangka.

“Tak ada banyak yang baru dibangkitkan presiden dalam ucapan dasar. Ia hanya menekankan apa yang kita telah nyatakan sebelum ini melalui majlis tertinggi,” katanya kepada pemberita hari ini berhubung kerjasama di antara Umno dan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Masih terlalu awal lagi, kita akan tengok pandangan pembahas ucapan presiden.”

Hishammuddin turut berkata masih terlalu awal untuk membincangkan mengenai Barisan Nasional yang bersendirian bertanding pilihan raya.

“Bukan kita yang tentukan pilihan raya. Yang tentukan perdana menteri.”

Beliau berkata sangat penting untuk Umno mengekalkan kestabilan parti ketika ini, dan beri mesej jelas kepada kepimpinan parti.

“Jangan hanya cakap retorik. Kalau betul-betul mahukan kestabilan dan hala tuju, saya rasa masih ada masa untuk memikirkannya,” kata Hishammuddin.

Perhimpunan Agung Umno yang dilaksanakan tahun ini diwarnai kempen kempen Zahid dan beberapa pemimpin parti untuk mendapatkan sokongan perwakilan untuk memutuskan hubungan dengan Bersatu.

Zahid dan timbalannya, Mohamad Hasan dalam ucapan dasar kali ini menggesa Umno sekali lagi menjadi parti dominan, selepas ia diketepikan dalam pentadbiran kerajaan PN.